Statistics

Content View Hits : 16469

Social Media

Who's Online

We have 2 guests online

Foreign workers with valid working permits will be issued new passes by mid-Novem­ber.

Majlis Panitia Pemilihan Luar Negara (PPLN) Indonesia dengan kerjasama KHIDMAT IMIGRAN dan Ikatan Komunitas Merah Putih (IKMP)  :

Majikan diberi 3 bulan lengkapkan proses  dokumentasi pekerja :

 

Sinar Harian - 26 September 2013

Utusan Malaysia - 27 September 2013

Surat Sokongan Ikatan Komunitas Merah Putih

 

Kenyataan Akhbar :

Sinar Harian 27hb Januari 2013

 

 

Kenyataan dalam Pahang Daily Online :

Penjelasan Khas

PROGRAM KHIDMAT IMIGRAN:

Pakar Perunding Warga Asing

Paradise Linx Sdn. Bhd. melaksanakan satu program berbentuk inisiatif untuk membantu negara dalam isu penyelesaian menyeluruh permasalahan warga asing termasuk warga asing yang terpinggir.

Paradise Linx Sdn. Bhd. melaksanakan aktiviti bersama dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seluruh Malaysia.

Paradise Linx Sdn. Bhd. hanya menjalankan KHIDMAT PERUNDINGAN (konsultan) kepada warga asing dan melaksanakan PROGRAM KHIDMAT IMIGRAN

Paradise Linx Sdn. Bhd. dan PROGRAM KHIDMAT IMIGRAN buat masa ini tiada kaitan dengan agensi-agensi kerajaaan dan juga badan-badan berkanun yang lain termasuklah Kementerian Dalam Negeri dan agensi dibawahnya.

Program ini dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi teknologi informasi dan dokumentasi secara berkomputer sepenuhnya mengikut standard piawaian.

Sistem Data Bank Warga Asing diperkenalkan dengan maklumat secara talian terus (online) untuk membantu capaian dan menyalurkan maklumat kepada pihak-pihak yang memerlukan seperti agensi-agensi kerajaan dan kedutaan negara-negara asing.

Data dan sistem tersebut diberikan secara percuma dan program ini tidak memerlukan pembebanan dana dari pihak kerajaan.

 

Artikel Pahang Daily berkaitan Paradise Linx Sdn. Bhd. dan PROGRAM KHIDMAT IMIGRAN seperti disebelah ini sangat dipandang berat dan merupakan tohmahan semata-mata diatas usaha murni program ini.

Bahawa pihak pengurusan Paradise Linx Sdn. Bhd. mengharamkan kepada pegawai perwakilan kami di seluruh Malaysia keatas kenyataan-kenyataan yang diluar dari aktiviti hakiki kami.

Aktiviti yang dilaksanakan adalah membanci dan mengumpul maklumat warga asing secara menyeluruh dan sebagai juruperunding kepada warga asing dan juga kepada majikan yang menggunakan perkhidmatan warga asing.

Pihak kami sama sekali tidak langsung memberi perkhidmatan atau melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan dokumen negara Malaysia seperti penerbitan permit kerja, visa, apa jua jenis kad pengenalan / pasport yang berkaitan dengan negara Malaysia ataupun negara lain.

Kami bukan hanya memberi perkhidmatan kepada pekerja asing atau negara sumber yang menjadi PATI di Malaysia tetapi kami melaksanakan perkhidmatan menyeluruh warga asing yang berstatus kanak-kanak, warga emas, ibu tunggal, OKU.

Sebagai warganegara Malaysia sejati, kami amat peka dan prihatin kepada keistimewaan dan hak kewarganegaraan (warga asing tetap berstatus warga asing-RECOF (Registration Endorsement Certificated Of Foreigner)

MENJUNGJUNG KEDAULATAN UNDANG-UNDANG DAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA.

DEMI AGAMA BANGSA DAN TANAHAIR

More Articles...